Saturday, September 20, 2008

Catatan Ramadhan #3: Fasa baru berpuasa

Ramadhan sudah memasuki fasa terakhir dan akan melalui sepuluh malam terakhir. Dan sudah pasti ramai umat Islam tidak melepaskan peluang sebegini untuk mencari keredhaNya serta mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan; malam lailatul qadar. Kendatipun, aku masih tercari-cari dimana aku harus memulakan cara baru berpuasa ditempat orang. Salah satu cara mengisi ‘kebusanan’ berbuka puasa kesorangan di aparment! majlis berbuka puasa beramai-ramai adalah salah satu aktiviti tetap di hujung minggu dikala tidak sibuk dengan kelas dan tugasan harian.



Berbuka di masjid

Hampir setiap minggu aku berkunjung ke masjid di Lincoln yang terletak agak pendalaman kira-kira 12km dari campus. Dengan bantuan sahabat baik yang juga dari Malaysia, brother Hafiz dan juga Izza serta 2 orang lagi kawan dari Pakistan kami berkunjung ke masjid untuk berbuka bersama-sama jemaah muslim yang lain. Memang meriah berbuka di sana. Jika nak dikira tentang makanan memang bermacam-macam dapat makan dari kari, sup nasi dan kuih serta kek (macam-macam rupa bentuk dan rasa) yang tak pernah nampak. Ibarat kata, tidak ada menu sebaik di bulan Ramadhan!

Dalam masa begini, masing-masing ada punya giliran untuk membawa juadah untuk jemaah berbuka puasa di masjid. Menu dari Sudan, Arab Saudi, Pakistan dan macam-macam lagi juadah. Bercakap tentang makanan, sebenarnya ia juga sebahagian daripada ujian di bulan puasa. Nafsu makan akan mengawal diri seandai tidak dapat dikawal dengan seadanya. Ada kala orang bujang macam aku ni makan banyak juga tapi masih lagi dalam sederhana! Kot kot nanti susah nak bersolat tarawikh pula! Alhamdulillah ada yang sudi menyediakan juadah yang begitu sedap. Buat pengetahuan, setiap hari iftar akan diadakan sepanjang ramadhan.

Aku rasa kalau bukan bulan puasa, jauh sekali untuk aku merasai juadah makanan dari pelbagai bangsa ini! Memang menarik bukan? Itulah istimewanya Islam. Islam untuk semua. Islam sesuai untuk semua bangsa. Islam mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia tidak kira warna kulit, bangsa dan juga keturunan. Di sini, boleh dikatakan ramai kalangan mereka adalah daripada Sudan, dan juga dari negara arab yang lain. Mereka sudah lama berhijrah disini dah bekerja di sini tidak ketinggalan juga yang menjadi pelajar.

Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar

Hari ini brother Yusof ada membuat pengunguman bahwa salah seorang jemaah akan pulang ke kampung halaman. Beliau adalah saudara Asghar dari India. Begitulah keprihatianan yang diberikan kepada muslim terhadap muslim yang lain. Harusnya kita selalu mengambil berat sesama islam. Brother Asghar akan pulang ke India setelah agak lama menetap di Lincoln dah antara paling aktif berbakti kepada masjid di sini. Memegang jawatan sebagai Treasurer berjaya menghidupkan suasana meriah dalam masjid.

Aku juga merasai keikhlasan beliau untuk mencari sumber-sumber kewangan untuk membantu masjid termasuklah menjual juadah makanan tengahari setiap kali selesai solat Jumaat hanya semurah 3dollar untuk nasi lauk ayam serta sayur ketika bulan sebelum bulan puasa. Bagi aku memang murah! Aku juga selalu membeli dikala malas untuk masak tengahari. Itulah jasa dia yang pada aku amat dikagumi. Dedikasinya kepada masjid menjadi panduan kepadaku. Sebagai seorang muslim, perpisahan kerana Allah adalah sebaik-baik perpisahan. Aku serta jemaah yang lain memeluk memberikan sokongan moral terakhir kepadanya dan juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan jasa yang telah dicurahkan.

Terasa jua perasaan sebak dan memang itu adalah lumrah manusia semasa perpisahan sebagai tanda keikhlasan persahabatan. Persahabatan dan pertemuan yang singkat membawa seribu makna untuk aku di sini. Semoga jasa dan baktimu dibalas setimpal olehNya. Aminn....

Jazzakumullah hu khairan kathiran Ya Ashgar!

Kad Raya!



Assalamualaikum kepada Brother Hafiz & Izza.
Terima kasih atas pemberian kad raya! biasala kan hidup kat negara orang macam ni lar hehe well nantikan sesuatu istimewa! hehe

Friday, September 19, 2008

Masters project…

“Hi Ahmed, how are you today?” (With American slang) That is the way normally my SV greeting me every time if I am going to meet him or he comes to the lab. Something was happen today and it’s looping up my head right now! Argg… yes I have been looping up since last month though. “What you want to do about your master project?” I am slowly looked at his face, trying to find the best words to explain. My SV asked me the most killing question; and its does…. I am kinda not really confident on what I am talking about. I told him that I want to do this and so on…. From lower voice, he knew that I didn’t confident as well and I must remember that I really need to do a lot of work too!

The thing is I am totally mess up; contradict with my first decision and etc. It is so call Dopey & Bashful? But not yet sneezy (sick), grumpy (easily irritated) & sleepy (tired)! Oh my gosh…. (Kak natrah! Now I felt that!)

Then I asked for his opinion and he said “You know what, if I were you… I would think that the interesting project that never done! And I will do that with the capability that I had” And he added “Hey world! Look at what I have! I develop that NON on this world done yet! And I believe you have good education and you have that ability”.

Thank you for inspire me Slava! I will give my answer to you soon…

Wednesday, September 17, 2008

Catatan Ramadhan #2: ‘Hadiah’ buku hijau

Awal pagi aku dah bangkit dari tidor. Aku terkejut tidor seawal jam 3.30am dan aku terus bersahur. Tekak sungguh merasa kering lantas aku singgah ke dapur menikmati air fresh oren! Dan kembali tidor. Subuh ada dalam 30 minit lagi. Memang terasa liat sungguh badan nak bagun di pagi hari. Di tambah pula dengan cuaca yang nyaman dan sejuk, memang kawan baik untuk tidor. Aku bersiap awal untuk ke kelas jam 8am, kelas kegemaran aku! Hehe

Malangnya, sungguh walaupun aku tidak ah setua mana tapi aku lupa betul yang kelas telah dibatalkan. Aduh, Suhaizi! Tapi ada baiknya, aku kembali ke meja untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan nyata aku terpaksa mencari buku di Engineering Library yang terletak 2km dari campus aku; City campus. Arrgg... naik basikal lagi best daripada aku menunggu, duduk ‘mencuci’ mata menunggu bas! Hehe

Diluar, cuaca agak dingin dan nyaman sekali. Aku bergegas ke library, dah semasa di luar aku memperhatikan seorang American berdiri di depan jabatanku.“apa dia buat kat sini?” aku bermonolog. Aku sengaja mengheret basikal aku ke arahnya. Lelaki itu siap berpakaian suit hitam kemas, dan bertopi serta bersama-samanya sebuah kotak berisi sesuatu. Aku tidak sempat untuk melihat. Tampak dia memegang sesuatu! Aku menegurnya dan dia membalas teguran aku. Dia acu tidak acu untuk memberikan sesuatu ditangannya kepadaku. Apakah dia? Aku tertanya-tanya. Dia melihat aku beberapa kali. Aku kehairanan. Lantas mengendurkan tangannya serta sesuatu berupa buku hijau ditanganya tanpa menghulurkan kepada aku. Oh, mungkin untuk orang lain agaknya...

Aku mengayuh basikal selama 10 minit untuk ke City Campus, kayuhan yang agak laju dan aku menikmati udara nyaman pagi hari. Selesai mencari buku, aku bergegas pulang. Dan aku kaget! Di sana pun ada orang seperti lelaki yang berdiri di hadapan jabatan aku tadi! Kali ini aku nekad, jika dia hulur aku ‘sambar’ sahaja. Aku ingin tahu! Aku menghampiri seorang lagi lelaki; agak tua kira-kira berumur lingkungan 50an. Aku berhenti di hentian lampu isyarat. Lampu merah. Aku berhenti lantas dia menghulurkan buku hijau, bersaiz tapak tangan. Aku terus mengambil tanpa berkata apa-apa. Aku membalas hanya dengan senyuman.

New Tesament; Psalms Proverbs. Itulah buku yang aku dapat dari lelaki tersebut. Aku terkesima! Rupa-rupanya Bible kecil! Ohh, rasanya tidak salah untuk aku membaca dan cuba memahaminya dan aku akan membandingkannya dengan Kitab Agung, Qalam Allah. Buat seketika aku berfikir, jika mereka berusaha sebegini rupa untuk agama mereka kenapa tidak aku? Hidayah adalah hak Allah, dan dia jua yang berhak untuk membuka hati sesiapapun untuk menerima agamanya, bukan aku dan bukan makhluk yang lain seperti kisah bapa saudara Nabi s.a.w.

P/S: Salam Nuzul Quran

Tuesday, September 16, 2008

Mencari satu malam...

Aku masih mencari, masih jua mencari dan berusaha
Jika aku mampu menemui malam yang satu itu
Pelbagai dugaan yang mendatang untuk aku berjumpa malam yang satu itu
Tidak semudah yang disangkakan...

Kata mereka yang terdahulu, malam itu lebih baik daripada seribu bulan!
Apakah aku benar-benar pasti?
Pada malam itu akan turun si malaikat Jibrail dengan izin ya Rab
Membawa bersama segala macam perkara
Yakni takdir manusia manusia
Padanya takdir manusia akan ditetapkan

Demi malam yang kegelapan yang menyelubingi pelusuk alam
Apakah aku mampu berjumpa dengan takdir aku?
Itulah doa aku untuk berjumpa malam yang satu itu.
Moga takdir hidup aku berubah.
Jika dia mahu aku kembali kepadaNya, mungkin aku tidak lagi bersedia.

Bisikan bacaan surah Al-Qadr menyulam kerinduan aku padaNya
Mengharapkan harapan yang tidak pasti.

Pesan Baginda s.a.w!
“Dan bersungguh-sungguhlah kamu pada malam sepuluh yang terakhir!”
Sejahtera lah malam yang berkat itu sehingga terbih fajar
Aku adalah antara yang rugi jika aku tidak menemuinya!
Tidak pasti adakah aku akan berjumpa dengan satu malam itu
Mungkin tidak pada Ramadhan yang akan datang...

Monday, September 15, 2008

Hilali tabah peluk Islam

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Hilali Sibomana, 30, anak kelahiran Burundy, Afrika, tetap tekad untuk memeluk agama Islam walaupun bapanya, Yanduzo Bangirichenga mati disembelih di negara kelahirannya itu kerana merestui hasratnya untuk memeluk agama Islam.

Hilali yang fasih berbahasa Inggeris menceritakan kepada wartawan bagaimana bapanya menjadi korban pihak yang cuba menghalangnya daripada meneruskan niat murninya itu.

''Saya tidak mendapat hidayah seperti mana rakanrakan saudara baru lain yang memeluk agama Islam tetapi pintu hati saya terbuka untuk memeluk agama yang syumul ini setelah saya membuat banyak perbincangan dan perbandingan di antara al-Quran dan Kitab Injil,'' katanya pada sidang akhbar di Pusat Hidayah, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di sini, semalam.

Sidang akhbar itu diadakan bagi menguaruarkan kepada orang ramai supaya tampil memberi sumbangan sama ada membeli kerusi atau meja bagi menjayakan majlis berbuka puasa untuk saudara baru pada 20 September ini.

Hilali berkata, sebelum memeluk agama Islam, beliau adalah penyebar agama Kristian di Burundy.

Justeru, beliau memberitahu, setelah mengenali Islam menerusi perbandingan dan persamaan yang ada di dalam kedua-dua kitab, akhirnya Allah menggerakkan hatinya berhasrat untuk memeluk agama Islam.

Beliau berkata, sebagai anak tunggal, hasratnya itu dinyatakan kepada kedua-dua ibu bapanya dengan penjelasan bahawa Islam adalah agama yang benar dan membawa kepada kebenaran.

''Ketika saya nyatakan hasrat saya itu, ayah yang merupakan penganut agama Kristian, tidak membantah sebaliknya dia bersetuju," katanya yang datang ke Malaysia sendirian pada November 2003.

''Disebabkan dia (ayah) memberi kebenaran kepada saya untuk menjadi seorang Islam maka dia dibunuh tetapi saya tidak tahu apa pula nasib ibu,'' katanya yang bakal melanjutkan pelajaran ke New Zealand tidak lama lagi.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, beliau beroleh ketenangan dan gembira apabila kakitangan di Pusat Hidayah mencurahkan kasih sayang, pengganti orang tuanya.