Friday, January 30, 2009

Gelugor


Di sekitar bandar Terengganu hanya terdapat satu tempat sahaja yang dipanggil Kg. Gelugor. Nama yang diambil sempena nama buah asam yang menjadi turun temurun petua masakan. Bercakap tentang buah dan juga pokok ini, di kebunku di kampung ada sepohon pokok gelugor yang tingginya lebih kurang 20 meter. Jika kena pada musim, memang menjadi kebiasaan untuk aku dan juga bagi Mama & Tok Kuntum (nenek) untuk mencari buah gelugor yang masak ranum yang jatuh pada awal pagi. Kerja memotong untuk dijemur dan dikeringkan adalah rutin. Kalau bernasib baik 'ulat terbang' singgah di betis! Ulat terbang adalah pacat yang boleh menyelinap masuk ke dalam seluar dan juga stokin. Arggg....


Berbalik kepada Kg. Gelugor, suatu ketika kawasan ini amat terkenal dengan aktiviti pasar basah yang menjual pelbagai keperluan harian suri rumah. Dari segala jenis sayur tempatan dan juga ikan-ikan FRESH dari laut. Jika balik ke kampung halaman; "Umbrella Hill", pasti aku juga tidak ketinggalan untuk ku beli jagung yang digaul dengan kelapa parut. Memang ianya makanan traditional.

Jagung telah direbus dahulu sehingga terpisah dari tongkol jagung dan kemudian di gaul dengan kepala parut. Wah, aku pun tak tahu asal usul makanan ini. Dari Afrika kah? huhu Jagung bersalut kelapa parut biasanya diisi ke dalam daun pisang dengan dibuat berbentuk kon dan diselit dengan lidi daun kelapa. Amat murah sekadar 50 sen sebungkus. Aku boleh habiskan sampai 2 bungkus sebagai pelengkap sarapan waktu pagi di samping nasi dagang yang juadah WAJIB untuk aku. (ada sesiapa tahu masak nasi dagang ala Terengganu tak?)

Kalau tak ada di sana, Kedai Buloh adalah pilihan ditambah lagi yang paling dekat tetapi agak sesak. So jarang juga la aku ke sana. Pasar Gelugor tetap menjadi pilihan tetapi sekarang tak tahu la apa dah jadi. Masih ada ke tidak pasar kecil Gelugor itu?


[Asam keping adalah produk yang paling popular untuk tujuan masakan]

Sunday, January 25, 2009

Credit Crunch – An Islamic Perspective

Here is some very good information for those are the main players in the banking system as well as the Islamic Banking System.

VISIT at MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) http://www.macma.org.my/