Friday, July 17, 2009

Don't leave Reno saying "I wish I'd done that!"

Hampir sebulan sudah berlalu, baru kini terasa nak berkongsi perjalanan ke Reno, Nevada. Tujuan ke sana adalah untuk turut serta ke konferen dan juga pertandingan robot; student robot competition. BUKAN juga untuk gambling….. hehe

Rumusannya, banyak yang dapat belajar daripada pakar dalam bidang teknologi dalam pertanian dan juga dapat menambah ilmu baru disamping berkenalan dengan ramai researcher. Salah seorang daripadanya adalah dari Iowa State University. Kami berjumpa semasa meeting PA group dan bertanyakan peluang untuk collaboration research dengan UPM dan beliau memberikan response yang baik. Di tambah lagi, his father-in law pernah menjadi tenaga pengajar di UPM suatu ketika dahulu dan agakkan aku adalah dia agak biasa dengan budaya masyarakat Malaysia. His new coming graduate student pun dari Malaysia. Rasanya macam kenal....Ramai lagi kenalan baru yang aku jumpa selain dapat berjumpa rakan satu kompeni, UPM di sana.

Akhir sekali, pertandingan robot. Group kami mendapat tempat ke-2. Kira ok la kan… Tujuan pertandingan robotic design ni adalah untuk mempromosikan aplikasi teknologi komunikasi & robotic dalam bidang pertanian dan rata-rata kami banyak belajar bukan sahaja dalam kelas. Pertandingan juga di sertai 7 perserta yang lain darip pelbagai university, termasuk dua dari Taiwan University.

Click di sini: http://archives.subscribermail.com/msg/3290241fca7746069b99f53c33025f7a.htm

Tempat pertama: Kansas State University ( for me, they was unfair, kinda chitting!!!)
Tempat kedua: Nebraska University (my team..hurrreeeyyy)
Tempat ketiga: Texas A&M

Masa agak terhad namun digagahkan jua untuk bergambar di tengah-tengah downtown Reno pada waktu malam. Selepas dinner, terus melangkah keluar menaiki teksi dan stroll along the Virgiana St. Namun pemandangan waktu siang di sepanjang anak sungai , Truckee River Lane, sudah pasti menarik dan menyamankan. Apakan daya, jadual flight pada awal pagi keesokkannya… tidak kesempatan jua untuk bergambar dengan pemandangan terbai di siang hari, apatah lagi untuk ke Tahoe Lake yang menjadi tempat wajib pengunjung untuk ke sana.