Saturday, November 13, 2010

Le Tour de FRiM, Sg. Buloh

Sementelah pulang ke Malaysia, barulah tahu menghargai betapa indahnya hidup di Malaysia. Kerana apa? Kerna setelah melihat dunia luar yang tidak ada apa yang kita ada. Walaupun begitu KS bukan bertujuan untuk membandingkan tempat2 kita dengan tempat orang. Mana2 pun ada kelebihan dan keistimewaanya. 
Sebahagian daripada label yang diletakkan untuk panduan pengujung

Langit FRim
Bercakap mengenai travel@trip kali ini KS dan kawan2 beriadah ke FRiM di Kepong pada hujung minggu. Memang tidak dirancang sangat tetapi dek sambutan menggalakkan dari teman2 semua so program kali ini amat best dah tidak bosan. 
Serangga yang unik yang ada di FRiM.. panjang about 3/4foot.

 Closer look....

FRiM merupakan kawasan hutan rekreasi dan juga pelancongan yang paling menarik dan paling dekat dengan Kuala Lumpur. Kami bertolak dari Serdang mengambil masa kira-kira selama 45 minit. Sempat lah juga kami bersarapan di sana. Seeloknya pergi diwaktu pagi untuk mengelakkan hari kepanasan dan juga badan kita masih segar. Elok untuk exercise.... yang dah lama tak exercise lagi bagusss hahaha 
 Rehat sebentar sebelum do more hiking to the Canopy Walk.
Banyak tempat menarik untuk dilawat di sana seperti air terjun, jungle tracking, dan juga cycling. Tak lupa juga canopy walk yang mendapat sambutan hangat. Tiket hanya berharga RM5 seorang akan dikenakan oleh pihak FriM untuk melalui titian tersebut. Selain itu ada juga fish spa.... boleh cuba! Only RM2 aje per head. TAPI beware.. haha ikan-ikan kat sana amat sukakan kaki manusia... sampaikan ikan tu dari sekecil menjadi besar dek makan sel2 kaki manusia yang lazat lemak itu! Hehe 

Ikan = "sedap juga aku makan sel-sel kaki nih" hahhaa

KS memang teruja tika meniti jambatan gantung yang diikat antara pokok ke pokok yang lain. KS dah juga kawan2 yang lain diberi sedikit taklimat keselamatan yang ringkas untuk meniti laluan gantung ini. Selain itu juga, pengujung tidak dibenarkan bergurau senda ketika berada di atas jambatan gantung.

Meniti the last titi yang ada di Canopy Walk.

Selain itu, KS juga sempat lah berjungle tracking ke hutan. Banyak juga tarikan semulajadi yang ada di sana. Untuk tujuan beriadah, ada juga air terjun berdekatan, sesuai untuk keluarga. Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak boleh la bawa mountain bike, really adventurous... dan menarik.  

Untuk pilihan travel dan untuk merasai sendiri pengalaman tersebut, silalah berkunjung ke FRiM.

Adios

Plan your trip to FRiM

1. Some cash money-Entrance fee about RM2 per head not including fish spa and other services
2. Good trail for mountain bike-kalau ada maountain bike elok la bawak sekali
3. Canopy walk-Pay in advance at the ticket counter before you are going to the Canopy Walk. They are not selling the ticket on the canopy!
4. Put proper shoes for hiking and bring plenty of water with bag. Easy to carry.
5. Plenty of water.